Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda tidak mengisi minyak sehingga meter petunjuk amaran berkelip? Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila petunjuk amaran mula berkelip? Penting untuk anda mengetahui berapa jarak anda boleh pergi kerana jika anda tersalah agak, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula! Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak boleh pergi bila dah berkelip? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda. Lihat contoh manual Perodua Myvi di bawah;
Menurut buku manual Myvi ini, lampu akan mula berkelip apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan apabila kurang dari 6.0liter, ia akan berkelip dengan lebih laju. Jadi berapa anggaran jarak yang boleh pergi dengan baki minyak tersebut adalah bergantung kepada spesifikasi dan ‘behaviour’ pemanduan itu sendiri. Anggaran boleh dikira begini.
Myvi 1.3 SE
Anggaran penggunaan minyak 14km/l
Anggaran jarak boleh dilalui selepas lampu amaran berkelip adalah 7.5l x 14km/l = 105km
Namun anggaran kiraan ini adalah sangat bergantung kepada behaviour pemanduan dan keadaan kenderaan anda sendiri. Jika anda seorang pemandu yang sering memandu laju, penggunaan bahanapi akan lebih menyebabkan anda memperoleh kiraan kilometer yang lebih sedikit berbanding di atas. Keadaan kereta juga memainkan peranan di mana kereta yang diservis dan diselenggara dengan baik akan sentiasa menggunakan bahan bakar yang efisien berbanding yang tidak atau kenderaan yang terlalu tua usianya.
Di negara maju seperti Amerika, pemandu berkongsi pengalaman mengenai berapa jauh kereta mereka boleh pergi selepas lampu amaran berkelip. Mereka berkongsi dalam sebuah laman web tankonempty.com. Mungkin kita boleh pun boleh meniru mereka dengan berkongsi pengalaman kita. Apa pun jawapannya memang sudah ada dalam buku manual jadi berapa ramaikah antara kita yang beli kereta lepas tu baca manual? Haha saya percaya amat sedikit sekali :).
Jika artikel ini bermanfaat sila like dan sharekan dengan rakan-rakan anda yang lain :).