Model gantian Proton Perdana 2016 ditemui lagi oleh pembaca blog sembang-auto.com di lebuhraya KLIA. Kali ini Proton menguji 2 unit sekaligus. Masih dibalut dengan ‘camo’ pada keseluruhan badan kereta. Nampaknya pasukan Proton sangat sibuk membuat ujian untuk model ini yang dikatakan akan dilancarkan pada awal 2016. Model ini adalah berasaskan pada model Accord generasi kelapan, tetapi dengan bahagian hadapan dan belakang yang direka oleh Proton sendiri.
Dari segi kualiti kita akan jangkakan seperti Accord kerana ia menggunakan enjin dan kebanyakan part dari model itu. Proton bekerjasama dengan Honda untuk membangunkan model ini kerana tidak mempunyai skala ekonomi untuk membangunkan model segmen D dari permulaan. Langkah ini merupakan langkah yang tepat bagi mengurangkan kos pembangunan model baru. Kita harapkan yang terbaik dari Proton untuk 2016.