Model gantian Proton Saga 2016 atau lebih dikenali dengan Saga R telah dijumpai sedang diuji menurut gambar diperoleh dari media sosial. Pasti ianya adalah model Saga kerana nampak berbeza dengan gambar spy shots sebuah lagi prototype sedan yang seakan-akan model Iriz. Bahagian hadapannya nampak seperti Saga sekarang mungkin ianya masih menggunakan beberapa panel body sementara untuk tujuan ujian. Cermin sisi dilihat masih carry over dari model sekarang. Kita harap rekaan model production akan lebih baik lagi seperti rekaan side mirror yang lebih aerodinamik dan windscreen wiper yang lebih kemas. Dari gambar ini juga dapat dilihat rekaan instrument panel atau dashboard model baru ini.
Rekaan quarter panel nya lebih menarik dan kita boleh nampak ada quarter glass pada tingkap belakang menunjukkan model ini lebih besar dari model sekarang. Door handle pula sama rekaan dengan Preve dan Iriz.
Model ini dijangka akan kekal sebagai model entry level Proton dengan harga bermula dari bawah RM40 Ribu. Ia juga bakal menggunakan enjin VVT 1.3 dan 1.6 liter dengan kotak gear CVT seperti diguna pakai untuk model Iriz. Apa pun kita harapkan yang terbaik dari Proton dan berharap model ini boleh meneruskan kejayaan model Saga sekarang.