Pengerusi Proton, Tun Mahathir berada di majlis Pra Pelancaran model gantian Perdana dengan memberikan kata-kata semangat kepada para pekerja Proton. Beliau memberi suntikan kata-kata semangat agar pekerja terus bekerja keras untuk memastikan model keluaran Proton yang berkualiti dan terus diterima pembeli.
Model Perdana baharu ini merupakan model segmen D yang menggunakan model Honda Accord generasi kelapan. Proton memerlukan belanja yang besar jika ingin membangunkan sendiri model kelas ini namun dengan jualan yang dijangka terhad, adalah tidak bijak untuk membangunkan model itu sendiri. Jadi kerjasama dengan Honda dilihat tepat dan ia tidak menjejaskan jualan model Accord terkini kerana model Accord terbaru itu menggunakan enjin dan transmisi yang berbeza dengan model yang disalin oleh Proton.
Proton perlu cepat untuk melancarkan model-model baru kerana model yang sedia ada sudah terlalu lama di pasaran. Ia juga menyebabkan jualan Proton merudum kerana pembeli beralih kepada model yang lebih fresh dan rekaan yang lebih menarik. Selain itu khidmat lepas jualan juga wajib dipertingkat untuk memastikan pembeli tidak ‘pening’ bila menghantar kereta mereka untuk diservis.