Inilah rupa sebenar model gantian Perdana 2016 fasa ke-2 yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Model yang disalin dari model Honda Accord generasi ke8 ini mendapat rekaan semula headlamp jenis projektor dengan lampu panduan seperti Audi. Gril hadapan dikemasi dengan kemasan chrome juga dengan air intake di kawasan bawah bumper. Nampak lebih menarik dari rekaan asal Accord yang disalinnya.
Pandangan suku belakang pula menampakkan rekaan semula pada profil sisi, di mana cermin suku belakang pada rear pillar lebih besar dan disertakan dengan kemasan chrome. Perdana ini dikatan lebih panjang 150mm dari platform Accord yang asal. Lampu belakangnya adalah dari jenis LED dengan kemasan chrome pada garnis bootlid menghubungkan kedua lampu kombinasi belakang. Rimnya dari jenis multispoke, juga dengan rekaan yang menarik.
Model Proton Perdana 2016 ini akan menggunakan enjin dan kotak gear asal Accord dengan kapasiti 2.0 dan 2.4liter yang dpadankan dengan kotak gear automatik 5 kelajuan. Ciri keselamatan antaranya ialah airbag berkembar, brek dengan EBD, ABS dan BA juga dengan sistem kawalan anti gelincir iaitu ESC. Model ini dikatakan akan dijual sekitar RM120 ribu hingga RM150 ribu. Tempahlah di bilik pameran Proton sekarang.