Perodua kini sedang giat menguji model Daihatsu Move berdasarkan beberapa gambar yang tersiar di internet kebelakangan ini. Beberapa portal automotif melaporkan Perodua sedang menguji sistem keselamatan terkini model tersebut yang diperkenalkan di Jepun seperti sistem brek kecemasan automatik atau AEB. Sistem AEB dikatakan akan diwajibkan oleh kerajaan menjelang tahun 2020.
Sistem brek AEB berpotensi mengelakkan kemalangan atau mengurangkan impak jika berlaku kemalangan. Antara ciri-cirinya adalah, memberitahu pemandu jika hampir berlaku kemalangan dan mengaplikasi brek secara automatik jika perlu. Ini boleh dilakukan dengan pemasangan pelbagai sensor yang berkaitan.
Model Daihatsu Move adalah model dalam kategori kereta ringan atau nama Jepunnya Kei Jidosya. Kategori kereta ringan adalah enjin kapasiti tidak melebihi 660cc. Model move pernah dipasarkan oleh Perodua di negara kita dengan nama kenari dengan kapasiti enjin 1.0liter.