Lorong kecemasan terutamanya di Lebuhraya selalu disalah guna oleh pemandu tidak bertanggungjawab sejak sekian lama. Ini boleh menyebabkan pasukan bantuan seperti ambulan dan bomba tidak dapat tiba ke kawasan kemalangan menyebabkan nyawa mereka yang terlibat dalam bahaya. Kali ini JPJ telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengguna lorong kecemasan akan dikenakan denda 12ribu ringgit atau 12 bulan penjara. JPJ juga mengalu-alukan orang ramai untuk menangkap gambar atau video pesalah dan hantarkan kepada mereka untuk tindakan segera.
Kita amat berharap kepada semua pemandu supaya dapat patuh kepada semua peraturan jalan raya agar kita selamat tiba ke destinasi dengan selamat lebih-lebih lagi di musim perayaan ini. Marilah kita lakukan anjakan paradigma yang kita juga boleh berubah.