Nissan Motor Co., Ltd bersiap untuk melancarkan model gantian MPV popular Serena di pasaran Jepun tidak lama lagi. Beberapa gambar luaran dan dalaman model MPV itu telah mula tersebar di internet. Gambar di atas menunjukkan bahagian luaran model baru itu. Side profile masih mengekal ciri Serena model sekarang tetapi terdapat perubahan rekaan pada kawasan D pillar untuk memberikan aspek dinamik pada MPV ini.
Bahagian hadapan menampilkan rekaan yang minima dengan lampu jenis projektor menjadi pilihan jurutera Nissan. Walaupun begitu, model Serena sekarang juga masih nampak menarik dan solid jika dibandingkan dengan model yang baru.
Rekaan papan pemuka atau instrument panel model gantian Serena ini lebih modern jika dibandingkan dengan model sekarang dengan paparan skrin kamera undur belakang dan kamera pandangan sudut 360 darjah diletakkan pada sebelah meter kombinasi. Meter kombinasi dan paparan masih mengekalkan jenis digital yang memberi perasaan moden seperti mengemudi pesawat. Juga terdapat paparan skrin navigasi yang cukup besar di head unit Serena ini untuk memudahkan perjalanan anda dengan Serena.
Serena dikatakan bakal diperkenalkan dalam 2 varian drivetrain iaitu S-hybrid dan full hybrid. Varian S-hybrid akan dilancarkan terlebih dahulu sebelum varian hybrid penuh dilancarkan setahun selepas pelancaran model baru ini.
P/s: Admin pun sedang berkira-kira untuk ambil Serena. Namun bajet belum cukup.
Sumber: Facebook Serena club