Gambar Proton Saga misteri dengan bentuk seperti station wagon ditemui di satu tempat yang tidak diketahui lokasinya. Adakah gambar ini benar atau gambar rekaan? Jika dilihat dari cermin kecil bahagian tambahan tersebut nampak fender kereta di belakang jadi mungkin gambar ini tulen. Jika benar, apa projek Proton kali ini? Sebelum pengeluar model Preve, Proton pernah menggunakan Exora yang dipenyekkan [lihat sini] sebagai test mule untuk model Preve. Adakah kali ini Proton mahu membangunkan model wagon untuk pasaran tertentu?
Kereta jenis station wagon pernah popular suatu ketika dulu namun semakin ditelan zaman dengan munculnya MPV kompak yang lebih fleksibel. Namun di negara seperti Jepun, station wagon masih popular sebagai kereta kegunaan syarikat untuk membawa barang kecil. Tentu ada sebab Proton menguji model ini menggunakan platform Saga. Nantikan spy shots yang lain.