Seperti yang tertera pada brochure model Perodua Sedan di atas, model ini dinamakan Bezza, nama yang digunakan untuk konsep kereta seperti ala-ala Prius yang pernah dipamerkan oleh Perodua pada pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur yang lalu. 3 varian ditawarkan iaitu Standard G, Premium X dan Advance. Standard G hanya ditawarkan dengan kapasiti enjin 1.0 liter sahaja manakala X dan Advance menggunakan enjin 1.3 liter. Kesemuanya menggunakan enjin yang diambil dari Toyota dengan teknologi injap dwi VVT-i. Untuk X & Advance juga dilengkapi sistem kunci pintar.
Varian Advance juga dilengkapi dengan kawalan kestabilan kenderaan atau VSC, model pertama dari Perodua dengan VSC. Dengan adanya ciri keselamatan terkini, model ini mendapat penarafan kemalangan 5 bintang (Axia 4 bintang) dari ASEAN ANCAP. Dengan teknologi, ciri keselamatan dan aksesori yang terkini, Perodua Bezza bakal menjadi salah satu pilihan yang baik kepada bakal pembeli. Kita masih menunggu berita dari Proton untuk model gantian Saga dan Persona.