Perodua sedan sudah siap sedia untuk dilancarkan berdasarkan gambar risikan terbaru ini. Tarikh pelancaran dikatakan pada 21 Julai ini. Masih belum ada perincian maklumat sehingga kini namun model ini adalah berasaskan platform Axia berdasarkan maklumat sebelum ini.
Rekaannya nampak konvensional namun bahagian hadapannya mendapat sentuhan lebih dinamik dengan garisan karektor pada fender dan juga bumper hadapan. Rekaan rim seperti turbin. Rekaan profil sisi pula menyerupai Toyota Vios generasi pertama. Secara umumnya sesuai dengan semua peringkat.
Model ini bakal menjadi saingan kepada model gantian Persona dan Saga dengan Perodua sedan dilihat mempunyai kelebihan dari segi kecekapan bahanapi kerana menggunakan teknologi enjin Daihatsu. Apa pun kita tunggu bila pula Proton akan mengumumkan pelancaran Saga dan Persona baharu. Nampaknya semakin panas persaingan antara model kompak tempatan.