Selamat hari raya aidifitri diucapkan kepada pembaca yang beragam Islam dan selamat bercuti kepada yang lain. Admin berharap Ramadhan kali ini dapat mendekatkan kita dengan pencipta kita dan bertambah takwa.
Setiap kali musim perayaan, maka bertambahlah jumlah kenderaan yang berada di atas jalan terutamanya lebuhraya dan jalan-jalan luar bandar. Agak mendukacitakan, setakat semalam, sudah 6000 lebih kemalangan direkodkan di seluruh negara sejak 1 Julai. Pastikan kita sentiasa bersedia dari segi mental, fizikal dan juga tahap penyelenggaraan kenderaan yang baik untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini semasa dalam perjalanan. Pastikan kita mematuhi SEMUA peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Janganlah menghampakan harapan orang yang tersayang di kala kita merayakan hari besar kita. Berhati-hati lah di jalan raya.
Akhir kata, terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog sembang-auto. Semoga artikel-artikel yang disiarkan dapat memberi manfaat kepada semua.
“Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin”
Admin