Inilah rupa model gantian Persona atau Persona R yang diambil dari jarak dekat di kilang Proton. Selepas Perodua mengeluarkan gambar sedan mereka iaitu Perodua Bezza, kini giliran Proton pula mengeluarkan gambar model gantian Persona mereka. Rekaan belakang model ini lebih konvensional berbanding Persona sebelum ini, dengan garnish but melintang beserta kemasan chrome. License plate kali ini diletakkan pada panel but belakang berbanding pada bumper untuk Persona sebelum ini. Logo Proton juga lebih kecil dan nampak sepadan dengan saiz dan lekuk panel but.
Dari pandangan bahagian hadapan juga tidak mengecewakan. Cermin sisi pasangan panel pintu seperti model Iriz. Lampu hadapan nampak dari jenis reflector mungkin ianya model varian trim rendah. Rekaan gril mengekalkan rekaan seperti sebelum ini, dengan kemasan chrome melintang. Rekaan rim Persona R ini nampak sedikit pelik, mungkin Proton boleh menambah baik sewaktu facelift nanti. Apa pun kita nantikan yang terbaik dari Proton.