Semakin banyak gambar Proton Persona Baharu beredar di laman sosial sebelum pelancarannya yang dijangka pada 23 Ogos ini. Kali ini diambil dari jarak paling dekat dan jelas jika sebelum hanya imej grafik janaan komputer. Dari pandangan hadapan nampak seperti kereta kompak popular buatan Jepun seperti Toyota Vios dan Honda City. Gambar diambil dari laman FB Turbos Owners Club – Campro CFE.
Model ini mungkin bukan dari varian tertinggi jika dilihat dari bahagian door framenya yang tidak dihitamkan dengan blackout tape. Rekaan rimnya agak sedikit adventurous mungkin lebih menarik jika dilihat dari jarak dekat. Side mirror pasangan panel pintu nampak lebih moden.
Bahagian belakangnya pula direka lebih konvensional dan selamat dengan garnish melintang berkemasan chrome. License platen nya pula diletakkan pada panel boot, seperti kebanyakan sedan model Jepun. Pada admin satu rekaan yang baik dari team Proton. Syabas.