Proton telah mengeluarkan grafik imej model terbaru mereka iaitu model gantian Persona. Model ini secara asasnya menggunakan platform model Iriz dengan sedikit modifikasi untuk model sedan. Rekaan hadapannya mirip Honda Civic generasi ke-9, dengan hood yang tajam ke hadapan. Terdapat garnish berkemasan chrome melintang bersama dengan lambang Proton, bersambung dengan headlamp. Proton boleh menambah lagi kemasan chrome pada gril untuk nampak lebih mewah, mungkin pada model facelift nanti. Turun ke bawah bumper terdapat lampu kabus, rekaan bumper berbentuk X pada kawasan air intake dengan rekaan berbentuk honeycomb untuk nampak lebih sporty.
Bahagian belakangnya pula boleh admin katakan yang terbaik dari Proton setakat ini. Rekaan seperti ini lebih safe dan konvensional, padan dengan semua golongan umur. Admin masih kecewa dengan rekaan belakang model Preve, yang tidak seimbang dengan rekaan hadapannya. Kali ini Proton meletakkan kedudukan license plate pada panel bootlid, berbanding model sebelum ini yang diletakkan pada bumper. Ini dapat mengurangkan ruang kosong pada panel bootlid dan kelihatan lebih menarik. Terdapat juga rekaan garnish belakang melintang dengan kemasan chrome, bersambung dengan lampu berkembar belakang. Emblem VVT menunjukkan model ini menggunakan enjin dengan fungsi pemasa injap boleh ubah yang memberi penjimatan bahanapi.
Bahagian dalamnya masih mengekalkan instrument panel model Iriz namun kali ini meter kombinasinya menggunakan background light yang lebih eye friendly. Head unit nya mempunyai paparan digital pelbagai fungsi, sama seperti model Iriz. Nampak seperti tombol gear direka semula dan tidak sama dengan Iriz. Namun admin lebih suka jika Proton menggunakan sistem penukaran gear jenis gated, nampak sedikit mewah. Mungkin boleh diperkenalkan pada model facelift nanti.
Bahagian dalamannya didatangkan dengan 2 tona warna, dengan warna hitam dan beige. Ada baiknya jika Proton memberikan seat belt dengan pemboleh ubah untuk memudakan pemandu atau penumpang menyelaraskan seat belt.
Paling menarik, ciri baru yang pertama kali diperkenalkan oleh Proton iaitu ECO mode. Belum ada maklumat terperinci bagaimana ECO mode ini berfungsi, namun ini pastinya akan menjadi salah satu selling point untuk Proton kepada bakal pembeli mereka. Pastinya ECO mode akan memberikan penjimatan penggunaan bahanapi.
Dari segi safety, Proton Persona baru mendapat penarafan 5 bintang dari ASEAN NCAP. Varian tertinggi mendapat 6 beg udara. Juga terdapat ciri-ciri keselamtan yang lain contoh RESS, TC, HSA dan sebagainya.
Terdapat pelbagai fungsi baru dari Proton untuk model Persona baru ini.Rujuk gambar di atas. Harganya pula dianggarkan dari RM40K hingga RM60K. Persona ini dikatakn hanya ditawarkan dengan kapasiti enjin 1.6liter dengan fungsi VVT. Pelancarannya dijangka pada 23/8 ini.