Inilah foto yang ditunggu-tunggu iaitu gambar model gantian Proton Saga! Rekaan belakang nampak lebih menarik dan konvensional. Lampu belakang direka melintang dengan kemasan garnish chrome. Kedudukan license plate di panel pintu, sama seperti model sekarang. Rekaan rim berjejari.
Terbaru gambar bahagian sisi dan pandangan suku ketiga dikongsikan. Dari pandangan sisi nampak lebih dinamik berbanding Saga sekarang dengan bentuk tiang C ala-ala lengkok BMW pada cermin suku. Lampu hadapannya juga lebih lebar.
Dari gambar jarak dekat nampak seperti mempunyai lampu panduan belakang, dengan lampu brek bukan dari jenis LED. Bagaimana jika dibandingkan Perodua Bezza? Mana lagi menarik? Pasti lebih hangag persaingan segmen