Sekeping gambar bahagian hadapan model gantian Saga telah beredar di laman sosial memperlihatkan dari jarak dekat rekaan hadapannya. Bumper hadapan menyerupai rekaan Persona baharu terutamanya di bahagian air intake dan fog lamp housing. Lampu hadapannya lebih besar dan lebih dinamik.
Bahagian belakangnya juga menarik dengan rekaan lebih konvensional. Kedudukan license plate pada panel boot belakang. Secara keseluruhan boleh dikatakan Saga baru ini mempunyai rekaan yang agak baik. Kita nantikan pula gambar risikan bahagian panel instrumentnya nanti.