• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Proton Saga Baharu Bakal Dilancarkan Hujung Bulan

September 16, 2016 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  
Proton sedang bersiap untuk melancarkan model gantian Saga pada hujung bulan ini dikatakan akan head to head  dengan model laris Perodua Bezza. Beberapa gambar rupabentuk Saga baru itu telah pun bocor di internet kebelakangan ini dan yang terbaru menunjukkan rupa bahagian hadapannya (gambar atas). Dari pandangan hadapan masih mengekalkan rekabentuk model sekarang tetapi dengan lampu hadapan lebih lebar dan bumper dengan rekaan bahagian air intake berbentuk X. Gril hadapannya pula terdapat 2 kemasan chrome halus melintang dengan logo Proton ditengahnya. 

  
Gambar kedua pula bahagian hadapan yang dizoomkan. Jelas kelihatan rekabentuk hadapannya. Lampu hadapannya mendapat sedikit sentuhan aerodinamik untuk memberikan sedikit imej agresif. Kawasan pertemuan antara bumper dengan fender agak luas mungkin menyukarkan proses color matching. 

  
Paling menarik perhatian adalah bahagian sisi dan belakang model ini. Dari pandangan suku hadapan dan 3 suku belakang nampak segak. Lampu belakang direka lebih besar dan dihubungkan dengan garnish berkemasan chrome. Rekaan rimnya agak sedikit subjektif namun tidak menjadi isu besar kerana banyak rim aftermarket yang lebih menarik boleh didapati. Cermin sisinya masih carry over dari Saga sekarang, penjimatan kos pengeluaran acuan baru untuk cermin sisi. 

Proton Saga baru ini bakal menggunakan enjin 1.3liter dengan fungsi VVT sama seperti yang digunakan pada Iriz. Enjin yang sudah terbukti  ditambah dengan fungsi VVT yang mengoptimumkan pembakaran bahanapi di kebuk pembakaran. Belum ada info lanjut mengenai ciri keselamatan model Saga baharu ini namun mengikut info di internet, Saga baru ini mendapat penarafan 4 bintang ASEAN  NCAP, yang mana ia meningkat satu bintang berbanding model sekarang. Apa pun kita nantikan kemunculan model terlaris Proton ini tidak lama lagi.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Proton, Spy Shots Tagged With: proton saga 2016, proton saga replacement

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in