Ini adalah gambar tanpa penyamaran model MPV mini hasil kerjasama antara Suzuki dan Proton yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Belum pasti samada Proton akan mengekalkan nama Ertiga atau menggunakan nama baru untuk model ini. MPV ini dijangka akan menyaingi model Perodua Alza, yang dilihat menjadi pilihan rakyat Malaysia ketika ini. Dari segi rekaan sisi nampak tidak banyak berbeza dari model Ertiga.
Bahagian belakang juga tidak nampak perbezaan kecuali logo Proton. Tulisan Ertiga juga dipadamkan dari garnish kemasan chrome. Kerjasama yang bermula awal tahun untuk menyalin model Ertiga tidak memungkinkan Proton untuk membangunkan acuan baru untuk menghasilkan identiti sendiri seperti uang dilakukan pada model salinan sebelum ini iaitu Inspira. Apa pun kita sokong usaha Proton untuk kembali dengan pelbagai model menarik seterusnya meningkatkan penguasaan pasaran di Malaysia.
Gambar diambil dari Facebook Proton Ertiga Club Malaysia