Gambar terbaru Proton Ertiga tanpa penyamaran telah tersebar di laman sosial menandakan pelancarannya yang sudah semakin dekat. Model pertama usaha sama dengan syarikat automotif Jepun iaitu Suzuki itu bakal dipertaruhkan untuk meningkatkan jualan kereta Proton. Tidak pasti samada Proton akan mengekalkan nama Ertiga atau memilih nama lain untuk model ini.
Berdasarkan gambar pertama di atas, nampak Proton hanya mengubah rekaan gril sahaja. Yang lain kekal seperti model Ertiga sedia ada. Adakah ianya memenuhi kriteria untuk mendapatkan taraf kereta nasional? Sebelum ini untuk kereta rebadge, perlu lebih dari 60% pengubahan bahagian hadapan dan belakang.
MPV 7 tempat duduk ini dilihat lebih besar sedikit dari Perodua Alza, model yang bakal disaingi oleh Proton Ertiga ini. Hampir pasti Proton akan mengekalkan enjin Ertiga iaitu enjin VVT 1.4liter dengan kuasa 95hp dan tork maksima 130Nm. Tidak pasti adakah daya pecutan terhadap berat kereta mencukupi dengan enjin yang kecil. Apa pun kita pasti sudah melakukan ujian dan enjin 1.4liter inj bersesuaian dengan Ertiga. Tarikh pelancarannya dikatan pada 24 November ini.