Beberapa gambar Proton Ertiga di sebuah bilik pameran telah tersebar d media sosial, sehari sebelum tarikh pelancarannya pada 24 November 2016. Dari segi luaran nampak solid dengan garisan karektor yang halus. Proton tidak banyak membuat perubahan pada bahagian hadapannya kecuali rekaan grill dengan lambang Proton 3 dimensi yang baru. Mungkin ini adalah perjanjian dengan Suzuki.
Bahagian belakangnya juga mengekalkan rekabentuk asal dengan garnish berkemasan chrome melintang antara lampu combination. Kedudukan plat pada backdoor. Proton Ertiga dikuasakan enjin Suzuki 1.4 liter dengan kotak gear automatik dan manual.
Bahagian interior nya pun sama cuma logo Proton sahaja ditukar pada steering. Warna cerah mungkin agak tidak praktikal kerana cepat kotor. Mungkin fabrik untuk tempat duduk dibuat dari bahan kalis air.
Bakal menjadi saingan kepada model Perodua Alza. Apa pun kita tunggu pelancarannya dan harga jualannya. Jika kompetitif dan dengan kualiti Suzuki, pastinya akan menjadi pilihan pembeli.