Toyota Vios dinobatkan sebagai sedan paling berkualiti untuk tahun 2016 mengatasi Nissan Almera yang menduduki tempat kedua dan Honda City di tempat ketiga. Ini berdasarkan kajian kajiselidik yang dijalankan oleh pihak JD Power Initial Quality Study untuk kategori sedan saiz sederhana.
Daripada 100 buah kereta yang diselidik, Vios mendapat maklum balas kualiti yang paling sedikit iaitu 48, Nissan Almera 52 dan Honda City 72. Kejayaan Vios ini adalah dari hasil usaha penambah baikan kualiti berterusan Toyota, yang menerapkan budaya ‘Kaizen’ pada setiap pekerja mereka demi mencapai kualiti tahap tertinggi. Ini terbukti apabila Toyota menjadi jenama kenderaan paling dipercayai di dunia.
Vios 2016 telah mendapat penambaikan menyeluruh dari segi luaran, enjin dan kotak gear dengan harga yang lebih murah. Ia juga mendapat taraf Energy Efficient Vehicle (EEV) atau kenderaan cekap tenaga kerana boleh mencapai lebih 20km untuk seliter petrol. Ini boleh dicapai dengan pengenalan enjin generasi baru Toyota dengan teknologi VVT-i berkembar dan kotak gear CVT 7 kelajuan dengan shiftmatic.
Ciri keselamatan juga dipertingkat dengan fungsi Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control (TC) sebagai fungsi standard untuk semua varian. Ini menambahkan keyakinan pemanduan ketika jalan agak licin atau pada waktu hujan.
Pastinya anda perlu memandu uji model terbaru ini sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta baru. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web toyota.com.my atau ke pusat pameran dan jualan Toyota berdekatan. Pelbagai tawaran menarik termasuk rebat tunai dan servis percuma.