Jika kerjasama antara Proton dan Suzuki berkekalan, model Ignis boleh dicadangkan untuk model rebadge. Model ini seakan-akan SUV tapi dengan aras lantai yang rendah. Saiznya lebih besar sedikit dari Perodua Myvi dengan lebar nya 1660mm berbanding Myvi 1445mm. Namun ianya menggunakan enjin terbaru Suzuki iaitu 1.2 DualJet 3 silinder. Teknologi DualJet adalah twin injector yang mana dengan teknologi ini Suzuki dapat meningkatkan kecekapan dan kuasa daya kilas enjin.
C Pillar sedikit besar mungkin sedikit menyukarkan untuk mengundurkan kereta ini tetapi secara keseluruhan rekaannya adalah seimbang. Terdapat beberapa elemen rekaan model Suzuki sebelum ini pada model ini seperti rekaan hood yang menyerupai model Vitara, A pillar yang menyerupai model Swift dan C pillar yang mempunyai 3 garisan lekuk diambil dari model Coupe lagenda mereka.
Model ini juga menggunakan konsep seating height yang tinggi untuk kedudukan pemanduan yang lebih selesa dan kadar penglihatan yang tinggi. Perjalanan jauh tidak memenatkan.
Rekaan instrument panel nya adalah minima dan ringkas namun banyak butang kawalan diletakkan pada roda stereng. Juga terdapat unit multimedia berbentuk seperti tab pada konsol tengah.
Model ini lebih luas dan lebar dari Iriz atau Myvi tetapi menggunakan enjin yang lebih menjimatkan bahanapi. Juga ianya mendapat penarafan 5 bintang penuh EuroNcap. Admin rasa ianya sesuai untuk pasaran malaysia jika harganya berpatutan. Kita harapkan kerjasama antara Proton dan Suzuki berkekalan.