Beberapa keping gambar Proton Saga baharu tersebar di media sosial dengan plat pendaftaran sementara dan bodykit yang dibalut tape. Adakah Proton sedang menguji bodykit untuk model Saga? Sebelum pelancaran model Saga baharu tempohari, terdapat beberapa keping gambar lengkap dengan bodykit namun semasa pelancaran rasminya, tiada versi yang mempunyai bodykit dipertontonkan.
Gambar di atas ini yang dimaksudkan. Saga baharu lengkap dengan rocker moulding / side skirting, front lip dan rear bumper moulding. Nampak menarik juga Saga lengkap dengan bodykit. Sayang Proton tidak menawarkannya sewaktu pelancaran.
Dengan adanya versi bodykit ini pastinya dapat memberi saingan kepada Perodua Bezza yang ditawarkan dengan bodykit Gear Up. Kita harapkan bodykit ini dapat menaikkan lagi jualan model Saga.