Anugerah Japan Car Of The Year (JCOTY) adalah pengiktirafan tahunan yang diberikan untuk model kereta baru dan facelift bermula pada 1 November hingga 31 Oktober tahun hadapannya. Tahun ini sudah masuk kali ke 37 untuk anugerah ini. Terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan. Berikut adalah senarai penuh pemenang untuk JCOTY 2016.
1. Pemenang Keseluruhan – Subaru Impreza G4/Sports
Faktor kemenangan:
Pertama kali memperkenalkan platform global subaru memberikan pemanduan yang cukup berkualiti. Pertama kali untuk kereta buatan Jepun yang mempunyai pedestrian protection airbag dan teknologi isight, menjadikan Subaru sebagai peneraju dalam aspek keselamatan. Juga harganya yang berpatutan antara yang dinilai.
2. Kategori Kereta Import – Audi A4 Series
Faktor kemenangan:
Model ini mempunyai kesempurnaan Audi walaupun ianya model pertengahan. Ianya juga mempunyai barisan model yang banyak dan dilengkapi dengan sistem bantu pemanduan, connectivity dan infotainment terkini. Rasa pemanduan yang hebat juga antara yang dinilai.
3. Kategori paling innovatif – Nissan Serena C27
Faktor kemenangan:
Pengenalan sistem pemanduan ProPilot, sebagai satu dari sistem keselamatan adalah satu langkah kehadapan untuk masyarakat sifar kemalangan. Backdoor dwi pintu dan handsfree sliding door juga antara yang dinilai.
4. Paling emotional – BMW M2 Coupe
Faktor kemenangan:
Sebagai sebuah model FR, ianya hampir sempurna. Pecutan juga linear dan pemanduan yang menyeronokkan dengan enjin 3 liter DOHC. Rasa 100% ketulenan BMW.
5. Mobiliti Kecil – Daihatsu Canbus
Faktor kemenangan:
Semi tall boy dengan sliding door memberikan imej baru kepada wagon kategori ringan. Rekaan luaran dan dalaman yang unik serta warna yang menarik juga antara yang dinilai.
6. Anugerah Istimewa JCOTY Executive Committee – Honda NSX
Faktor kemenangan:
Fungsi dinamik sebuah kereta supercar hibrid hampir mempunyai kesempurnaan. Bakal memberikan imej baru kepada dunia kereta supercar dengan teknologi hibrid.