Jepun bakal memperkenalkan teksi model terbaru dengan rekabentuk seperti mini MPV dengan pintu jenis sliding. Teksi ini menyerupai black cab di kota London. Ia bertujuan memberikan lebih ruang kepada pelanggan untuk membawa barang2 yang agak besar seperti stroller anak, basikal dan sebagainya.
Black cab/taxi di London walaupun kelihatan pelik tapi sangat user friendly. Pintunya boleh dibuka luas dan jarak antara tempat duduk penumpang belakang dengan pemandu sangat luas sehingga boleh memuatkan stroller, basikal dan sebagainya. Mudah untuk pelancong yang mempunyai anak kecil.
Ruang dalaman teksi generasi baru ini sangat luas. Seat penumpang hadapan boleh dilipat untuk extra ruang. Lantainya yang rata memudahkan untuk memasukkan stroller, kerusi roda, basikal dan sebagainya. Juga terdapat tray meletak makanan di belakang seat pemandu. Teksi di Jepun bakal menjadi paling mesra pengguna.
Model teksi sedia ada juga dari jenama Toyota iaitu model Crown Comfort. Teksi ini sangat luas dan selesa namun dengan teksi generasi baru, keselesaan dan mesra pengguna dipertingkatkan lagi. Mungkin kita boleh menyarankan kerajaan untuk menggunakan teksi seperti teksi generasi baru Jepun ini.