Setelah ditunggu sekian lama sejak dipamerkan di beberapa pameran motor antarabangsa, Toyota C-HR akhirnya telah dilancarkan secara rasmi di Jepun. Crossover terbaru Toyota ini bakal menyaingi model-model Crossover pengeluar lain terutama pesaing utama mereka iaitu Honda HR-V. Kali ini Toyota jelas menunjukkan ketinggian kejuruteraan rekaan mereka, dengan rekaan yang agak berani dan mencabar. Namun secara keseluruhannya boleh diterima dengan baik.
Lampu headlamp jenis projektor direka lebar dengan Daytime Running Light (DRL). Lampu signal membelok juga dari jenis LED. Garisan karektor yang jelas mendominasi bahagian panel luaran C-HR yang memberikan imej kukuh dan futuristik. Bahagian lower grill bumper direka dengan bentuk honeycomb untuk menambah imej sporty model ini.
Bahagian belakangnya pula kelihatan agak kompleks. Lampu rear combination belakang berbentuk C, sesuai dengan nama yang dipakai model ini. Garisan bumbung agak cerun ke backdoor, mungkin mengurangkan kadar penglihatan. Sesuatu yang normal untuk rekaan yang sporty.
Rekaan instrumen panel juga lebih moden. Paparan multimedia diintegrasikan dengan dashboard untuk kelihatan lebih futuristik dan mengoptimakan paparan navigasi agar mudah dilihat dari sudut pemandu.
CH-R dijual dengan 4 varian, 2 varian untuk model Turbo dengan kotak gear 7 speed dengan Sport Sequential Shifmatic. Model turbo datang dengan mod pemanduan 4WD. Manakala 2 varian lagi untuk hibrid, dengan kapasiti enjin 1.8 liter dipadankan dengan sistem hibrid generasi ke-2. Harga bermula dari RM95 ribu hingga ke RM110 ribu. Kita harapkan model ini diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan harga yang menarik. Syabas Toyota C-HR!