Baru-baru ini beberapa akhbar melaporkan syarikat automotif China, Geely Auto akan membentuk kerjasama dengan Proton dengan pengambil alihan operasi 51% di kilang Tanjong Malim (sumber: thestar) Berdasarkan berita ni juga banyak suara mengatakan yang Proton bakal dilelong atau bakal menjadi milik asing. Mari kita lihat adakah Proton akan kerugian jika bergabung dengan Geely?
Pertama kita lihat jumlah jualan kereta di China. Sejak tahun 2006, jumlah jualan meningkat 4 kali ganda menjadikan China adalah pasaran produk automotif terbesar di dunia. Bila pasaran besar, mudah untuk sesuatu syarikat itu mengembalikan modal dan mencatat keuntungan dari pasaran domestik sahaja. Geely Auto merupakan syarikat pengeluar kenderaan ke 10 terbesar di China, dan jika penguasaan pasaran 10% pun, mereka boleh menjual 2.2 juta unit setahun. 2.2 juta unit lebih banyak dari jumlah saiz pasaran kenderaan di Malaysia di mana jumlah saiz pasaran cuma 600 ribu unit sahaja. Dengan jumlah jualan sebegini banyak, mudah syarikat mencatat untung lebih banyak. Geely juga mempunyai kekuatan teknologi setelah mengambil alih syarikat Sweden iaitu Volvo. Jadi apa keuntungan jika Geely mengambil alih sebahagian dari Proton?
1. Proton boleh mempercepatkan pengembalian kos pembagunan model baru jika Geely merebadge model Proton untuk pasaran China. Contoh jika Proton Iriz menggunakan modal RM400juta untuk dibangunkan, Proton pasti memerlukan jualan yang tinggi untuk mengembalikan modal yang telah dikeluarkan. Jika Iriz direbadge sebagai salah satu model Geely dan dapat dijual 100ribu unit di China pun sudah memadai. Ini sudah berlaku sewaktu Proton bekerjasama dengan Youngman Auto melalui anak syarikat mereka iaitu Lotus. Model Gen2 telah direbadge menjadi Europestar RCR.
2. Proton boleh melengkapkan barisan model mereka dengan model-model SUV Geely. Proton dilihat mempunyai barisan model yang kurang berbanding pesaing lain. Jadi adalah sesuai untuk merebadge beberapa model Geely untuk dijadikan jenama Proton.
3. Dapat menyumber komponen kenderaan dengan lebih murah dari China. Dengan common parts sourcing, komponen akan jadi lebih murah seterusnya menurunkan kos pengeluaran kereta.
Manakala Geely pula mahu menjadikan kilang Tanjong Malam sebagai hab pengeluaran model mereka untuk pasaran Asia Tenggara. Mereka mahukan kawalan di kilang Tanjong Malim manakala Proton masih mempunyai kilang di Shah Alam iaitu kilang utama dan juga Medium Volume Factory (MVF). Model-model Geely semakin diterima terutamanya di Eropah. Mereka baru melancarkan jenama baru untuk pasaran Eropah iaitu Lynk & Co yang menyasarkan model setanding dengan jenama Eropah. Lihat laman sesawang Lynk & Co di sini.
Jika Proton bergabung dengam Suzuki, peluang untuk mendapat pasaran di Jepun adalah hampir mustahil. Juga jika bergabung dengan Renault, perkara yang sama juga akan berlaku. Jadi gabungan dengan Geely adalah lebih baik. Jadi di sini kesimpulannya penggabungan dengan Geely akan menyelamatkan Proton dari masalah. Sebagaimana Renault mengambil alih Nissan yang hampir bankrup dulu, jika dilakukan dengan betul Proton bakal menjadi syarikat auto yang terkenal.
>>Mengapakah gaji anda perlu dilindungi dan diwariskan? Klik sini untuk ketahui<<
Geely Auto bukanlah calang-calang pengeluar kenderaan. Produk mereka sudah pun berada di pasaran Eropah dan menepati tahap keselamatan EuroNcap yang tinggi yang ditetapkan oleh kesatuan Eropah. Juga menguasai beberapa pasaran di Eropah seperti di Ukraine. Automotive adalah volume game kerana kos RnD sangat tinggi. Jadi Proton haruslah mengambil peluang ini untuk melangkah lebih jauh.