Harga petrol naik lagi baru-baru ini dari RM2.10/liter ke RM2.30/liter (RON95). Untuk info, harga minyak ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Baru-baru ni banyak sumber di media sosial mendedahkan bagaimana harga minyak ditentukan di negara kita. Berdasarkan maklumat tersebut saya cuba mengiranya sendiri adakah harga pada bulan Februari ini seperti mekanisma yang ditetapkan.
Gambar di atas menunjukkan perincian bagaimana harga minyak ditentukan di negara kita. Harga minyak yang dijual kepada orang ramai adalah berdasarkan minyak bertapis dan bukannya minyak mentah. Harga minyak bertapis pula adalah berdasarkan harga purata harian “Means of Platts Singapore” (MOPS). MOPS digunakan sebagai rujukan harian produk petroleum di rantau ini dan juga Australia. (Rujuk sini untuk MOPS).
Untuk mudah faham, kita ambil contoh satu hidang KFC. Tentunya untuk mendapatkan satu pinggan ayam goreng KFC perlu kepada kos-kos lain iaitu kos rempah-ratus, kos utiliti (gas, elektrik), kos tukang masak dan lain-lain lagi. Jadi kosnya akan lebih mahal dari ayam mentah. Begitu juga dengan minyak. Menganggap harga jual petrol berkadar terus dengan harga minyak mentah adalah satu kesilapan.
Harga minyak pada bulan baru ditentukan dengan harga purata MOPS pada bulan sekarang. Contohnya harga minyak pada bulan Mac 2017 akan ditentukan dengan harga purata MOPS pada bulan Februari 2017 dan kadar tukaran ringgit pada bulan tersebut. Berdasarkan maklumat diperoleh, saya mencubanya sendiri dengan mengeluarkan purata harga MOPS pada bulan Januari. Secara purata, harga MOPS pada Januari adalah USD69 untuk satu barrel minyak bertapis. Anda boleh mencubanya sendiri di sini.
Kiraan boleh dibuat berdasarkan kaedah di atas. MOPS dan kadar tukaran RM akan berubah mengikut bulan tertentu tetapi kos-kos lain adalah tetap. Jadi, kita boleh faham apabila MOPS meningkat dan ringgit melemah berbanding dollar Amerika, harga petrol akan meningkat. Jadi kita cuba kira sendiri seperti di bawah;
Mengikut perkiraan (anggaran), harga petrol pada bulan Februari RM2.30/liter adalah tepat tanpa subsidi dari kerajaan. Namun ada sumber yang menyatakan kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak RM0.10/liter namun berdasarkan kiraan ini, tiada subsidi diberikan untuk bulan Februari. Kerajaan juga telah mengumumkan penghapusan subsidi minyak sepenuhnya baru-baru ini.
>>Medical card murah dan komprehensif untuk kakitangan kerajaan klik sini<<
Harga minyak berbeza mengikut negara kerana sistem urus ekonomi, eko-sosial dan banyak lagi. Sebagai contoh, harga minyak paling murah di Venezuela, dengan hanya RM0.43/liter namun keadaan sosio-ekonomi rakyat tidak begitu baik. Sebaliknya, harga minyak tertinggi adalah di Norway, dengan RM8.50/liter maju dari segi sosio ekonomi kerana sistem yang digunakan mereka. Rujuk sini untuk harga minyak mengikut negara.