Jakarta, 18 Februari, 2017 – PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) melalui anak syarikat milik penuhnya di Indonesia, PT PROTON Edar Indonesia (“PEI”), memperkenalkan secara rasmi Proton Iriz di pusat beli-belah FX Sudirman, Senayan hari ini. Proton Iriz telah dipamerkan di pusat membeli-belah tersebut sejak 16 Februari 2017 akan terus dipamerkan sehingga 22 Februari 2017.
Acara telah dirasmikan oleh Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dengan kehadiran Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Mohd Khalid Yusof, Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa, PROTON, Naim Abdul Rahman, Penasihat MATRADE di Kedutaan Malaysia di Indonesia dan Yanuarto Widihandono, Setiausaha Agung Institut Otomotif Indonesia.
Setelah acara pra-tonton dan pandu uji bersama media diadakan pada Khamis, 9 Februari 2017 di Sentul, Bogor, PEI berasa tertarik untuk memperkenalkan secara rasmi hatchback kompak yang terkini bagi segmen kereta City Car kepada para pengguna di Jakarta dan pada 19 Februari 2017 kepada pelanggan di Makassar, Sulawesi.
Indonesia merupakan negara kedua di luar Malaysia selepas Brunei untuk mengimport kereta bersaiz menarik dengan ciri-ciri keselamatan yang menyeluruh (fun-in-size, big-on-safety) ini. Lebih menarik lagi, kereta ini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang canggih untuk melengkapkan pemanduan dan pengendalian PROTON yang tersendiri. Terdapat dua varian berbeza untuk pasaran Indonesia iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard, masing-masingnya berharga IDR 175, 250,000 dan IDR 185,283,000.
Sumber: Proton Cars