Model facelift Toyota Aqua atau dikenali sebagai Prius C di negara kita telah dilancarkan di Jepun. Kereta hibrid ini adalah antara bestseller di negara matahari terbit itu. Model facelift ini adalah sebahagian dari perancangan untuk Model Lifecycle Management (MLM) dari Toyota. Apakah perbezaan model facelift ini berbanding yang lama?
Bahagian hadapannya menerima perubahan pada lampu headlamp dan bumper baharu. Ruang kemas kemasukan udara direka lebih besar, menampakkan imej yang lebih lebar. Lampunya pula dari jenis projektor.
Lampu belakang juga menerima perubahan background dengan bentuk lampu panduan sedikit lebih bulat. Bumper nya juga kini terdapat reflecktor dengan skema warna dwitona di bahagian bumper lower.
Bahagian instrument panel atau dashboardnya juga menerima sedikit refreshment. Roda stereng nye direka semula agar nampak lebih modern. Secara keseluruhan model facelift ini tidak memberi impak yang tinggi namun dijangka akan terus menguasai pasaran domestik Jepun.