Mitsubishi motor bakal membuat kemunculan dunia model MPV generasi baru mereka di GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) yang akan diadakan pada bula Ogos 2017. MPV yang dikatakan dinamakan Expander ini dikuasakan dengan enjin 1.5liter dan mempunyai saiz yang sedikit besar dari pesaing lain. Bahagian hadapannya nampak sangat moden dan futuristik. Ianya nampak seiring dengan konsep rekaan terkini Mitsubishi yang menerapkan aspek bucu tajam.
Bahagian sisi mempunyai garisan karektor yang jelas bersambung dengan rear combination lamp yang bersambung dari c pillar quarter panel ke bahagian backdoor. Nampak ada iras-iras model Honda Jazz pula.
Bahagian papan pemuka nampak kemas dan praktikal seperti lain-lain model Mitsubishi. Susunan tombol kawalan aircond juga kemas. Untuk info lanjut mengenai model MPV terbaru ini, sila ke lama web berikut:
http://www.mitsubishi-motors.com/en/newsrelease/2017/detail1067.html?intcid3=FBen_20170724_na