Gambar tertiris generasi ke 3 model Myvi yang akan dilancarkan tidak lama lagi telah dimuat naik oleh pengguna laman sosial lengkap tanpa selindung. Apa yang boleh dikatakan dengan sekali pandang memang model ini bakal menjadi pilihan pengguna dengan rekaan yang serba lain dari kebiasaan di mana Perodua hanya menukar rekabentuk depan dan belakang model Daihatsu yang menjadi asas model Myvi ini. Dari hadapan, rekaan bumper berbentuk X dengan lampu headlight yang lebar. Ini menampakkan imej yang garang dan menarik.
Dari pandangan quarter view belakang pula, rekaan C pillar berbentuk bucu sama seperti Alza, memberikan imej yang aerodinamik. Lampu rear combination pula besar dan lebar sehingga ke bahagian panel back door, berbeza dengan model sebelum ini yang terletak pada bahagian C pillar. Terdapat juga garnish berkemasan chrome yang menyambungkan kedua rear combination lamp menambah imej premium pada varian ini. Kedudukan license plate model ini adalah pada lower bumper, berbeza dari model sekarang yang terletak pada bahagian back door.
Pandangan belakang juga lebih menarik dan seperti rekaan bumper model sebelum ini dengan rekaan berbentuk X seperti bahagian depan bersama unpainted ornament pada kedua belah sisi dan kanan. Namun kedudukan license plate seperti terlalu ke bawah.
Rekaan instrument panel nya pula seakan rekaan model sebelum ini namun dengan head unit yang sedikit serong ke arah pemandu seakan-akan rekaan pada model Honda. Tombol gear pula tidak lagi diletakkan berdekatan head unit seperti model sebelum ni dan terdapat balutan kulit untuk imej yang lebih mewah. Model ini dikatakan lebih luas dari model generasi ke 2 yang memang sedia luas.
Selain itu juga, model ini bakal menggunakan varian enjin 1.5liter dengan fungsi dual VVT-i seperti yang terdapat pada model Toyota dengan penjimatan minyak sehingga 20.1km/liter pada mod pemanduan eco. Sangat menjimatkan. Model ini juga dilengkapi dengan sistem Active Safety Assist (A.S.A). Dengan sistem ini Myvi baru ini dilengkapi dengan VSC dan juga pertama dalam kelas sistem Automatic Emergency Brake (AEB). Myvi baru ini didatangkan dengan pilihan 4 atau 6 beg udara. Dengan harga jualan bermula dari RM44K ke RM55K, dengan ciri-ciri dan rekaan menarik yang ditawarkan, Myvi baru ini bakal membawa fenomena baru kepada pasaran kenderaan di negara kita. Kunjungi pusat pameran Perodua terdekat untuk maklumat lanjut.