Baru-baru ini, tersebar gambar beberapa unit Geely Boyue yang sedang diuji oleh Proton yang kesemuanya adalah pemanduan sebelah kiri. Menurut beberapa sumber, belum ada lagi pemanduan sebelah kanan kerana masih dalam peringkat pembangunan. Lihat artikel di [sini]. Gambar pemanduan sebelah kanan itu hanyala edit atau ‘flip’ yang boleh dilakukan oleh software. Namun setelah itu tersebar lagi gambar yang menunjukkan model Boyue dengan pemanduan sebelah kanan. Lihat gambar di bawah.
Jika lihat gambar di atas, jelas kelihatan kedudukan stereng berada sebelah kanan. Mungkin ada yang mengatakan gambar ini adalah diedit atau flip. Sekarang lihat gambar yang serupa di bawah ini.
Gambar di atas jika dilihat kedudukan stereng pada sebelah kiri seperti kereta yang kita lihat pada gambar dalam post sebelum ini tapi jika dilihat betul-betul, tulisan Boyue pada license plate itu terbalik. Jadi bila gambar asal diflipkan, ia akan jadi terbalik.
Lihat lagi satu gambar flip di atas. Semua tulisan akan jadi terbalik. Sekarang mungkin sudah ada model Boyue dengan pemanduan sebelah kanan sedia ada kerana mungkin Geely sudah merancang untuk menjual di negara berpemanduan sebelah kanan.