Laman FB Toyota UK hari ini mengeluarkan gambar model gantian RAV4. Sekali pandang memang ada wow factor dan rekaan yang mirip model premium mereka iaitu Lexus. Side panelnya mempunyai lebih banyak garis karektor halus tapi tajam, rekabentuk wheel housenya berbentuk segiempat, menampakkan rekabentuk yang gagah.
Gambar di atas adalah model RAV4 sekarang yang pengeluarannya telah pun dihentikan untuk memberi laluan kepada model baru ini.
Belum ada perincian mengenai spesifikasi enjin dan transmisi yang bakal digunakan namun berdasarkan beberapa gambar di atas, pasti model ini boleh mendapat jualan yang baik.
Toyota dilihat sudah mendapat jawapan kepada pesaing mereka iaitu Honda yang memang terkenal dengan rekaan yang menarik. Kita harapkan Toyota Malaysia membawa masuk model ini untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan di Malaysia.