Ramai yang pasti tertanya-tanya adakah harga kereta akan naik, sama atau turun jika SST dilaksanakan semula pada bulan 9 ini. Terdapat satu sumber di FB yang menerangkan pengiraan harga kereta di bawah SST. Rujuk gambar di bawah;
Berdasarkan perbandingan kaedah pengiraan antara GST dengan SST, harga kereta akan naik jika selepas SST dilaksanakan. Ini kerana cukai 10% dikenakan pada harga jualan dari kilang berbanding GST yang dikenakan pada harga akhir.
Perkara ini sudahpun dijelaskan sebelum ini oleh pengedar-pengedar kereta dan juga Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Satu cara untuk kerajaan untuk membantu rakyat adalah mengurangkan cukai-cukai yang lain yang dikenakan pada kereta seperti duti eksais dan juga cukai kepada komponen kenderaan untuk menjadikan harga jual dari kilang lebih rendah.