Adakah ini model baru Nissan GT-R? Tidak dapat dipastikan lagi tetapi ini adalah prototaip hasil kerjasama rekaan antara pereka Nissan dan studio rekaan terkenal Italdesign sempena sambutan ke-50 tahun bagi Nissan GT-R sendiri dan juga studio rekaan tersebut. Hanya 1 unit sahaja dihasilkan dan model asasnya adalah model Nissan GT-R Nismo 2018. Prototaip ini dinamakan Nissan GT-R50.
Secara asasnya, rekaan bahagian sisi kelihatan seperti Nissan GT-R biasa namun bahagian spoiler belakang seperti direka semula untuk kelihatan lebih aerodinamik.
Bahagian belakangnya agak berbeza di mana rekaan semula lampu ikonik GT-R, twin rear combi lamp yang seakan jet pejuang, direka semula menjadi lebih kecil dan bahagian belakangnya lebih kelihatan smooth.
Bahagian instrument panelnya juga menerima perubahan di mana terdapat meter digital sepenuhnya dan juga kemasan seperti pada model Porsche. Nissan mungkin sedang merancang untuk mengeluarkan model gantian GT-R kerana model sedia ada sudahpun dalam pasaran lebih kurang 10 tahun. Mungkin ini teaser untuk model baru GT-R?
Sumber: webcartop.jp