Perodua nampaknya akan melancarkan model Alza versi facelift terbaru mereka tidak lama lagi berdasarkan gambar yang beredar di laman sosial. Facelift kali ni melibatkan rekaan bumper depan dan belakang baru, gril hadapan, rocker moulding dan juga backdoor garnish.
Bahagian bumper hadapan direkan lebih sporty berbentuk imej anak panah untuk kelihatan lebih tajam dan dinamik. Juga bentuk X dari padangan hadapan membuatkanya kelihatan lebih lebar. Rocker moulding atau side skirting didatangkan dengan dwi tona.
Bahagian bumper belakang pula memasukkan elemen bahasa rekaan model-model terkini Perodua pada sebelah kanan dan kiri, juga tambahan sirip pada bahagian bawah bumper untuk lebih imej sporty.
Setakat ini belum ada info lanjut berkenaan perubahan pada bahagian interior dan juga bila model facelift ini akan berada di pasaran.