Pernahkah anda dengar balancing tayar? Adakah ianya penting? Biasanya proses balancing tayar dibuat sekali dengan alignment atau penjajaran tayar. Balancing tayar ini penting kerana jika balancing tidak baik, ia boleh menyebabkan stereng anda bergegar. Stereng bergegar boleh juga disebabkan oleh rim bengkok ataupun masalah berkenaan sistem suspensi. Jadi mari kita lihat bagaimana proses balancing dibuat.
Tayar anda diletakkan pada mesin pemeriksa balancing dan akan diputarkan dalam beberapa saat. Ini bertujuan mesin memeriksa keadaan balancing tayar tersebut.
Setelah berhenti, lihat di paparan skrin. Balancing yang baik akan memberikan bacaan 0 – 0. Jika bacaan tidak kosong, makan process re-balancing perlu dilakukan semula. Caranya dengan menampal pemberat pada bahagian dalam rim.
Timah seperti gambar di atas akan dilekatkan pada bahagian rim. Setelah di pasang, tayar akan dipusingkan semula untuk mendapatkan bacaan selepas diletakkan timah.
Proces di atas akan diulang sehinggalah dapat bacaan 0-0 seperti gambat di atas. Jika tidak dapat bacaan, cuba buat balancing di kedai lain untuk memastikan kerana kadang-kadang mungkin mesin di kedai tersebut rosak. Jika masih tidak ok, berkemungkinan rim anda sudah bengkok. Sharekan info ini jika bermanfaat.