Honda Malaysia, kini selaku pendahulu jualan kategori bukan nasional, mempamerkan beberapa model kereta dan juga pertunjukkan teknologi Honda Sensing pada pameran kali ini. Bermula dengan ucapan pembukaan dan penerangan berkenaan model prototaip kereta hydrogen yang dinamakan FCX Clarity. Ini membuktikan komitmen Honda terhadap alam sekitar dan sasaran menghasilkan kereta bebas karbon.
Model fuel cell ini sudah hampir untuk pengeluaran massa. Ianya menggunakan gas hydrogen, hydrogen bertindak balas dengan oksigen. Tenaga yang dihasilkan semasa tindakbalas itulah yang menjadi kuasa kepada kereta. Setelah beberapa ketika, kereta perlu berhenti untuk membuang air yang terhasil.
Model berprestasi tinggi seperti Civic Type R juga ada dipamerkan. Ini peluang anda untuk melihat dengan mata sendiri kereta yang berharga RM320ribu itu.
Honda juga mempamerkan model CRV, HRV dan Jazz dengan bodykit Mugen. Lihat di bawah galeri gambar yang diambil di ruang pameran honda.