Hyundai Sime Darby hari ini telah melancarkan model SUV Santa Fe 2019 ke pasaran Malaysia. SUV bersaiz sederhana itu merupakan saingan kepada model seperti Honda CRV dan juga Mazda CX5.
Hyundai bekerja keras meningkatkan mutu rekaan dan kualiti kenderaan mereka dan mereka sekarang setaraf dengan penngeluar dari negara Jepun. Model SUV kompak seperti model Kona juga ada dipamerkan kali ini. Lihat galeri untuk gambar-gambar di ruang pameran Hyundai.