LEXUS, jenama dalam segmen mewah juga hadir pada pameran kali ini dengan menunjukkan model terbaru LEXUS ES dan juga sebuah kereta konsep model LS+. Antara model yang dipamerkan adalah model SUV NX, Coupe LC dan model crossover UX. LEXUS UX merupakan model terkecil dalam keluarga LEXUS.
Model UX yang dipamerkan ini mempunyai pemanduan sebelah kiri, mungkin ianya untuk pasaran negara China. Kita harapkan LEXUS akan membawa juga model ini ke pasaran Malaysia kerana peminat LEXUS semakin bertambah di negara ini. Sila lihat galeri di bawah untuk gambar-gambar di ruang pameran LEXUS.