Perodua mungkin antara syarikat yang paling sibuk hari ini kerana melancarkan kereta konsep iaitu X concept. Ia adalah sebuah kereta mini, berkemungkinan adalah pengganti kepada model Axia.
Dari pandangan sisi nampak masih mengekalkan side profile Axia tapi garisan bumbung agak sedikit rendah. Masih awal untuk dikatakan namun saiznya seakan-akan model axia.
Mereka juga mempamerkan Myvi GT konsep di mana myvi yang dipertingkatkan dengan aksesori perlumbaan termasuk rim 17 inci, brek jenis Brembo dan juga stereng sport. Perodua juga mempamerkan model SUV mereka secara intipan.
Model ini tidak akan dilancarkan pada pameran kali ini tetapi dijadualkan pada tahun 2019 suku pertama. Ramai yang sedia maklum, SUV Perodua diasaskan daripada model Toyota Rush dan kita dapat lihat berdasarkan gambar di atas. Sila lihat galeri gambar di bawah