Proton memang ditungu-tunggu pada pameran kali ini setelah tidak menghantarkan penyertaan sebelum ini dan pastinya ramai yang menunggu untuk merasa sendiri SUV pertama Proton dengan Geely. Memang ianya sangat padat dengan para petugas media sibuk mengulas dan mengambil gambar.
Rekaan luarannya agak menarik dengan sedikit menyerupai model Range Rover Evoque tetapi dengan garisan bumbung yang lebih tinggi. Ianya besar dan nampak stabil dari luaran.
Dari segi dalaman pada pendapat admin masih perlu dibaiki. Rekaan dengan pemilihan warna untuk interior masih lagi ada kekurangan, Namun begitu, kedudukan posisi tempat duduk dengan stereng agak baik.
Kerusi dengan balutan kulit juga selesa. Ruang kaki penumpang belakang juga amat luas menambahkan lagi keselesaan semasa perjalanan jauh. Namun begitu admin tidak sempat untuk menguji Voice Command kerana orang terlalu ramai. Lihat galeri untuk gambar-gambar di ruang pameran Proton.