UMW Toyota Motor pada KLIMS’18 ini mempunyai ruang pameran agak besar. Kali ini Toyota melancarkan model Camry terbaru secara rasmi. Rekaan yang lebih moden dan beralun menjadikan Camry model baru ini lebih menarik. Dikuasakan dengan enjin 2.5liter, Camry baru ini berharga RM190 ribu.
Satu lagi model yang menjadi tumpuan ramai adalah model terbaru Vios. Walaupun sudah ramai yang mengetahui akan model ini kerana sudah dilancarkan di Thailand terlebih dahulu, anda tetap akan teruja dengan melihat secara langsung.
Model konsep ‘Supercar’ FT-1 turut dipamerkan. Adakah ini model gentian Supra seperti yang sedang hangat dibincangkan? Supra merupakan kereta ‘supercar’ yang sudah menjadi legenda bukan sahaja di Jepun tapi di benua eropah.
Terdapat juga permainan simulasi perlumbaan yang anda boleh cuba di ruang pameran Toyota kali ini. Lihat gambar di atas. Untuk lebih banyak lagi gambar-gambar untuk pameran ini, sila ke gallery.