Lihat empat jenis minyak enjin yang berbeza, dan cara memilih yang tepat untuk kereta anda.
Setiap kali enjin anda dihidupkan, produk sampingan dari proses pembakaran akan mula mencemari minyak enjin. Sekiranya bahan pencemar ini dibiarkan terkumpul, ia boleh menjadi mendapan yang keras di kawasan enjin yang sukar dibersihkan. Menggunakan minyak enjin berkualiti rendah atau mengabaikan penukaran minyak enjin anda secara berkala juga akan menyebabkan mendapan degil ini terbentuk.
Sekiranya komponen di dalam enjin dan saluran minyaknya tercemar, prestasi, kecekapan kenderaan dan juga ekonomi bahan bakar anda mungkin terganggu. Tambahan pula, mendapan degil ini memerangkap haba di dalam enjin yang tidak cekap dan menambah beban tambahan pada enjin anda.
1. MINYAK JENIS MINERAL / MINERAL OIL
Minyak jenis ini diformulasikan dengan pelbagai jenis kelikatan dan tahap kualiti. Minyak jenis ini sesuai untuk jenis enjin yang mempunyai rekaan biasa dan jenis pemanduan yang biasa. Pemandu yang mempunyai kecenderungan memandu secara kaki berat atau lasak patut menggunakan minyak selain dari jenis mineral ini. Mereka patut menggunakan minyak dari jenis separa sintetik / semi synthethic atau sintetik penuh / full synthetic kerana ia mempunyai ketahanan yang lebih dan juga jarakmasa pertukaran minyak enjin yang lebih lama.
2. MINYAK JENIS SEPARA SINTETIK / SEMI SYNTHETIC OIL
Minyak dari jenis separa synthetic atau semi synthetic adalah merupakan campuran antara minyak jenis mineral dengan sintetik beserta dengan bahan kimia tambahan atau additive untuk lebih tahan kepada proses pengoksidaan dan pada masa yang sama memberikan sifatbahan yang lebih baik bagi perlindungan kepada enjin pada suhu rendah.
3. MINYAK JENIS SINTETIK PENUH / FULL SYNTHETIC OIL
Minyak sintetik direka secara kejuruteraan kimia, oleh itu molekul minyak lebih seragam, kurang ketidakseragaman molekul dan sifat yang lebih baik daripada minyak mineral. Oleh kerana minyak sintetik diformulasikan dengan bahan tambahan berprestasi lebih tinggi, minyak cenderung beroperasi lebih baik pada hujung spektrum suhu yang melampau, sama ada pada suhu tinggi atau rendah.
>>BACA JUGA ARTIKEL TUKAR MINYAK ENJIN IKUT TARIKH ATAU PERBATUAN DI [SINI]<<
4. MINYAK UNTUK ENJIN DENGAN PERBATUAN TINGGI / HIGH MILEAGE OIL
Minyak jenis ini diformulasi khas untuk kenderaan berusia ataupun yang sudah mencapai perbatuan melebihi 100,000 kilometer. Minyak jenis ini, diformulasikan dengan tambahan bahan kimia atau additive yang istimewa, melindungi enjin dari fenomena burn off dan pada masa yang sama mencegah dari kebocoran minyak pada enjin berusia atau yang mempunyai perbatuan yang tinggi.
Boleh dikatakan minyak dari jenis sintetik melindungi enjin dengan lebih baik sesuai dengan teknologi formulasi yang digunakan padanya. Anda boleh memilih minyak pilihan anda walaubagaimanapun, pastikan ada merujuk pada manual pengguna kereta anda untuk jenis minyak yang sesuai digunakan.