Aksesori kereta menjadi kegilaan pemilik kereta dan sudah menjadi agenda wajib untuk mengunjungi kedai atau pusat aksesori setelah membeli kereta. Samada kereta baru atau terpakai, pasti pemilik mahu menambah aksesori mengikut kepuasan mereka. Kedai aksesori pula mempunyai daya penarik seakan-akan magnet. Di Malaysia terutamanya, perniagaan aksesori mengaut keuntungan besar kerana rakyat Malaysia sememangnya lebih memandang kepada aksesori berbanding aspek-aspek lain. Faktor pengeluar kereta, walapun tidak semua, yang kedekut untuk memberikan aksesori standard juga menyebabkan ramai yang menambah aksesori secara aftermarket. Namun bukan semua aksesori yang nampak cantik di mata tidak menyusahkan pemilik kenderaan. Mari kita lihat beberapa aksesori yang menjadi ikutan akhirnya menyusahkan pemilik kereta itu sendiri.
1. Tinted Gelap Lampu Hadapan dan Belakang
Tinted lampu antara ikutan yang agak popular bagi peminat aksesori kereta. Kalau di kedai aksesori, kos dari RM50 ke RM150 untuk buat tinted lampu ini. Tinted lampu bertujuan memberikan kesan gelap pada lampu untuk berikan kelainan pada kereta atau nampak lebih garang agaknya. Namun, ianya mempunyai kesan yang teruk pada lampu setelah beberapa lama tinted dipasang. Ini kerana, lapisan tinted berwarna gelap yang dilekatkan pada lampu memerangkap haba dari cahaya lampu menyebabkan ia menjadi seperti kesan terbakar. Ianya membuatkan lampu menjadi tidak terang dan membahayakan pemanduan dan juga membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Lebih teruk, lampu boleh menjadi pecah kerana kesan haba yang panas dan penyejukan yang ekstrim. Untuk membaiki pula perlukan wang paling tidak pun RM100 dan jika lampu pecah pasti ribuan RM pula melayang.
2. Cover Segitiga Pada Kaca Sukuan (Quarter Glass)
Aksesori ini juga agak popular dikalangan pengguna kereta dan harganya juga tidak murah. Ia dikatakan akan memperlihatkan kereta menjadi lebih menarik agaknya. Aksesori ini juga mudah didapati dan hampir merangkumi kebanyakan model kereta di pasaran. Jadi apa ruginya menggunakan aksesori ini? Jika anda tahu, fungsi cermin kaca tingkap adalah bagi memudahkan pemandu untuk melihat kawasan sekeliling. Ia bertujuan mengurangkan kesan titik buta pada pemandu seterusnya mengelakkan dari kemalangan. Fungsi kaca sukuan atau Quarter Glass ini salah satunya adalah untuk membantu penglihatan sewaktu mengundurkan kereta. Jika kaca ini ditutup, pastu sukar untuk mengagak trafik mendatang ke arah kereta kita sewaktu mengundur dan dalam situasi terburuk, akan berlaku kemalangan. Bila sudah kemalangan, kereta yang cantik berkilat pun sudah tidak berguna.
>>Nak kerja dengan pendapatan tanpa had yang sah di sisi undang2? Klik sini untuk maklumat lanjut<<
3. Nombor Plat Pelbagai Gaya (Custom Plat Number)
Di Malaysia, nombor plat boleh dibeli di kedai-kedai aksesori dengan pelbagai kebentuk huruf dan nombor. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana di negara-negara maju atau negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, mereka menggunakan nombor plat dengan bentuk yang seragam. Ramai yang mengubahsuai bentuk nombor plat mereka dan kos itu bukan murah. Ada yang mencecah ratusan ringgit untuk nombor plat sahaja. Namun, rekaan nombor plat tidak mengikut spesifikasi adalah salah dari segi undang-undang dan anda boleh dikenakan saman. Walaupun tiada peruntukan yang jelas untuk nombor plat ini, sepatutnya ia perlu seragam bagi memudahkan penguatkuasaan dan pengecaman jika berlaku kemalangan, kecurian dan lain-lain lagi. Dah la bayar mahal untuk nombor plat “fancy”, kena saman pula.
4. Penggunaan Tayar Kangkang
Tidak dinafikan ramai juga penggemar modifikasi seperti penggunaan tayar kangkang ini. Menurut JPJ, modifikasi seperti ini tidak dibenarkan dan anda boleh disaman. Ini kerana ia terkeluar dari lingkungan Vehicle Type Approval (VTA) pihak JPJ. VTA adalah kelulusan yang diberikan oleh JPJ untuk sesebuah kereta sebelum dipasarkan kepada umum dan jika sesebuah kenderaan diubahsuai tanpa kebenaran atau endorsement, ialah menyalahi undang-undang. Biasanya jika tertangkap, JPJ akan memberikan tempoh tertentu untuk pemilik kenderaan ubahsuai seperti tayar kangkang ini untuk mengembalikan kenderaan mereka pada keadaan kelulusan asal dan perlu dibawa ke pusat JPJ untuk pengesahan. Jika tidak patuh, maka saman akan dikeluarkan. Jadi perlu ke aksesori atau modifikasi seperti ini?
5. Tinted Kaca Terlalu Gelap
Tinted gelap yang tidak mematuhi syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) walaupun nampak cool tetapi ia sebenarnya mengundang kecelakaan kepada pemilik kereta dan juga nyawa pengguna jalan raya lain. Sebabnya, ia akan mengurangkan kadar penglihatan pemandu pada waktu malam dan ia boleh membahayakan terutamanya pejalan kaki, penunggang motor dan sebagainya. Anda juga mungkin tak dapat melihat keadaan jalan dengan jelas dan boleh terlanggar lubang menyebabkan kerosakan pada kenderaan. Banyak negara terutamanya di Amerika Syarikat yang mahu undang-undang berkenaan tinted gelap ini dikuatkuasakan dengan tegas kerana jelas membahayakan.
Undang-undang cermin gelap ini diwartakan menurukan kaedah-kaedah kenderaan motor (larangan mengenai jenis-jenis kaca tertentu 1991) ketelusan cahaya nampak (VLT) perlulah dipatuhi atau anda berdepan dengan saman. Mengikut peraturan terbaru dari JPJ, untuk permohonan disebabkan faktor keselamatan, boleh memohon dengan JPJ dengan bayaran Rm50 dan jika diluluskan, bayaran RM5000 dikenakan untuk tempoh sah 2 tahun.
>>BACA JUGA TIPS-TIPS LAIN BERKENAAN KERETA DI [SINI]<<