Berita baik untuk rakyat Malaysia berkenaan isu caj bank untuk tempoh moratorium penangguhan bayaran pinjaman sewa beli kenderaan yang diumumkan oleh kerajaan. Menteri Kewangan, Datuk Sri Tengku Zafrul dikatakan telah mencapai kata sepakat dengan pihak bank untuk tidak mengenakan caj bagi penangguhan bayaran pinjaman. Sebelum ini bank dikatakan akan mengenakan caj bagi interest untuk konvensional dan keuntungan untuk pembiayaan Islam dalam tempoh penangguhan. Langkah ini menyebabkan kemarahan netizen dan menganggap kerajaan telah membuat u-turn. Dengan keputusan ini seharusnya melegakan kebanyakan rakyat Malaysia yang rata-rata bimbang akan keadaan ekonomi ketika dan selepas wabak Covid 19. Berita turut dilaporkan dalam Harian Metro.
Info ini juga disahkan dengan edaran kenyataan rasmi kementerian kewangan dalam laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia berkenaan caj tambahan tidak dikenakan dalam tempoh moratorium. Walaubagaimanapun sebagai langkah untuk lebih pasti, anda dinasihatkan untuk menghubungi bank untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. Tahniah kepada rakyat Malaysia.