Pasti ramai yang tertanya-tanya adakah perlu untuk memasang skru camber atau camber bolt sewaktu membuat penjajaran tayar atau wheel alignment? Tak kurang juga yang kata benda ini adalah scam kerana kereta baru yang keluar dari kilang tidak disertakan skru camber bolt. Jawapannya adalah bergantung kepada keadaan masalah penjajaran atau alignment tayar kereta anda.
Sewaktu kereta anda masih baru, semua komponen adalah dalam keadaan seratus peratus mengikut spesifikasi. Namun setelah digunakan agak lama, bergantung kepada cara pemakaian, akan berlaku kehausan pada komponen. Ini menyebabkan berlaku masalah penjajaran kerana nilai toe, caster & camber telah lari dari nilai yang ditetapkan dalam kilang. Bila 3 elemen ini salah satu mengalami masalah, akan berlaku terutamanya kehausan tayar yang tidak normal.
Gambar di atas menunjukkan kesan yang teruk pada tayar jika penjajaran atau alignment tidak diambil kisah. Kerugian besar bakal berlaku kerana tayar bukanlah berharga murah. Jadi amat penting untuk memastikan penjajaran tayar dalam keadaan baik. Periksa penjajaran segera 3 bulan sekali atau bila terasa stereng berat ke satu arah.
Berbalik kepada skru camber bolt tadi, jika pemeriksaan mendapati darjah camber lari hingga menyebabkan kehausan tayar, pomen biasanya akan menyatakan untuk betulkan camber dengan memasang skru tersebut. Betulkan camber biasanya akan dicaj secara berlainan dari alignment. Kos pembetulan camber dalam RM30-40 termasuk skru. Jika terlebih dari itu mungkin terlalu mahal. Boleh rujuk kepada bengkel yang lain sebagai perbandingan. Jika hantaran ini bermanfaat kongsikan dengan rakan-rakan lain.