Mitsubishi dikhabarkan bakal menghidupkan kembali model ikonik mereka iaitu model Lancer Evolution yang sebelum ini ditamatkan pada generasi kesepuluh. Ini amat menggembirakan semua peminat kereta lagenda ini diseluruh dunia dikala pengeluar lain ketandusan idea bagi menghasilkan kereta sehebat Mitsubishi Lancer ini.
Gambar yang sedang tular di internet memperlihatkan rekabentuk lancer evolution yang baru. Nampaknya bentuknya agak menarik dan lebih kepada penggayaan seperti model coupe pada pillar C dan cermin belakang dan jika dilihat sari segi profil sisinya. Garisan karektor badan yang sederhana pada bahagian pintu juga menampakkan kesederhanaan rekaan seperti model-model lancer sebelum ini.
Walaubagaimanapun, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, model baru lancer evolution tidak akan menggunakan enjin turbo pembakaran dalaman tetapi akan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya yang dibangunkan secara usahama dengan rakan strategik mereka dari Perancis iaitu Renault. Ini sejajar dengan hala tuju pengeluar kereta Jepun itu yang komited dalam menangani masalah perubahan iklim sejagat.